Pada hari Selasa yang lepas, telah berlangsungnya perlawanan kedua di dalam kumpulan G di antara Zenith dan Cruizero. Perlawanan berlangsung dalam keadaan hujan lebat dan ini serba sedikit telah mengganggu strategi permainan kami. Pasukan Cruizero pula telah bermain secara bertahan untuk memperoleh mata pertama untuk pasukan mereka. Keadaan di padang COIT tidak ubah seperti lautan kerana hujan lebat telah menyebabkan padang digenangi air.
Pada separuh masa yang pertama, serangan demi serangan yang dilancarkan oleh pasukan Zenith tidak mendatangkan hasil. Cubaan oleh Aiman gagal membolosi gawang gol Cruizero hasil kecekapan penjaga gol mereka dan diburukkan lagi dengan keadaan hujan. Cruizero juga tidak kurang hebatnye apabila melancarkan counter attack apabila akibat daripada kesilapan pertahanan Zenith.Separuh masa pertama berkesudahan dengan seri tanpa jaringan.
Semasa masa rehat, kata-kata semangat daripada manager Zenith,Panjang telah menaikkan moral pemain-pemain Zenith agar terus menyerang dan mencari gol pendahuluan. Pada separuh masa kedua, beberapa pertukaran pemain telah dilakukan untuk memantapkan lagi barisan pertahanan dan serangan. Cruizero yang bertekad untuk mengikat kedudukan sedia ada sehingga tamat perlawanan telah menunjukkan kesungguhan mereka apabila mereka menambah pemain di posisi pertahanan.
Serangan yg bertali arus dari pasukan Zenith akhirnya membuahkan hasil apabila rembatan Ede,Kapten pasukan menerjah gawang gol hasil kekalutan di hadapan pintu gol Cruizero. Gol tersebut serba sedikit menjatuhkan semangat pemain-pemain Cruizero dan menyebabkan kesilapan demi kesilapan telah dilakukan oleh pemain mereka. Apabila masa perlawanan sudah menghampiri penamatnya, pasukan Zenith sekali lagi mencipta kejutan dengan jaringan kedua Ede hasil rembatan dari luar kotak penalti dan menerjah masuk ke penjuru kiri gawang Cruizero. Perlawanan tamat dengan keputusan Zenith 2-0 Cruizero.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment