Monday, October 19, 2009

Trademark Victory Over Sao Paolo

Nampaknye pasukan Zenith mengakhiri siri perlawanan persahabatan semester ini dengan bergaya setelah menumpaskan pasukan gergasi uniten Sao Paolo 5-1..
Pada awal permainan kedua-dua pasukan berusaha untuk mencari rentak permainan kerana cuba menyesuaikan diri dengan keadaan padang yang agak becak..

Aksi tangkas pasukan zenith pada babak pertama perlawanan telah menenggelamkan permainan pasukan Sao Paolo..namun kecuaian benteng pertahanan zenith menghadiahkan gol kepada Sao Paolo hasil daripada tandukan rekriazie melalui sepakan sudut

Selepas itu zenith bangkit sebelum akhir babak pertama hasil jaringan penyerang berbisa din..
din menjaringkan kedua-dua golnya melalui rembatan kaki kanannya..Ide turut menjaringkan gol melalui free kick cantik..

Pengurus pasukan menukarkan beberapa pemain sejurus babak kedua bermula..Zenith hampir menguasai perlawanan dengan siri asakan demi asakan..Hasilnye aiman menjaringkan gol keempat pasukan setelah penjaga gol Sao Paolo gagal menghalang kemaraan aiman..Tidak lama selepas itu, Zenith menambah 1 lagi gol hasil daripada serangan dari sebelah kiri yang mudah disudahkan oleh aje..

Tahniah diucapkan kepada semua warga ZUFC kerana kejayaan ini..

p/s~rjin2 melawat blog kerana ada pengumuman penting dari masa ke masa..tq