Monday, January 25, 2010

Final

Pada 17 Januari 2010,telah berlangsungnya perlawanan akhir di antara Zenit FC dan AS Monaco. Pertemuan di antara pasukan junior dan senior ini mengambil tempat di Mini Stadium dan kedua-dua pasukan kelihatan begitu bersemangat untuk mengucup piala Uniten untuk pertama kalinya dalam sejarah penubuhan kelab masing-masing.

Pada separuh masa pertama,permainan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Tetapi banyak peluang telah disia-siakan pasukan Zenit dan gagal mengambil peluang untuk mendapatkan jaringan pertama perlawanan. Separuh masa pertama berkesudahan dengan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

Perlawanan yang disaksikan beratus-ratus penyokong ini menyebabkan kedua-dua pasukan semakin bersemangat. Malang bagi Zenit apabila gawang mereka dibolosi pada separuh masa kedua berpunca daripada kesilapan pertahanan semasa sepakan penjuru. Gol ini menyentap keyakinan pemain seterusnya menyebabkan permainan kucar kacir.

Kesilapan demi kesilapan menyebabkan Zenit dihukum lagi dengan 2 gol oleh saudara Sunil dan Hotefa.. Perlawanan berkesudahan dengan Zenit(0) AS Monaco(3)

Thursday, January 14, 2010

Semi Final

Syabas,syabas,syabas.. Untuk pertama kalinya dalam sejarah penubuhan Zenith FC,kita telah berjaya melangkah ke final Uniten Cup. Bertempat di Mini Stadium,sambil disaksikan para penyokong-penyokong yang setia, Zenith FC berjaya menumpaskan Barcelona FC dengan penuh bergaya dan klasik.



Butir-butir perlawanan:

Aiman(1 gol)

Rafi(2 gol)

Din(1 gol)

Nanthar(1/2 gol)



Tahniah diucapkan kepada Din kerana telah berjaya menjaringkan gol pertamanya setelah cubaan demi cubaan dan ketandusan gol pada perlawanan sebelum ini. Kepada para pemain,mari kita buktikan kepada Uniten bahawa kita bukanlah calang-calang pasukan dan kita akan mencipta sejarah tersendiri.

Kepada para penyokong,kehadiran anda pada perlawanan semi-final adalah amat-amat dihargai dan kami dari pasukan Zenith mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para penyokong kerana sudi meluangkan masa untuk menyaksikan perlawanan kami.

Tuesday, January 12, 2010

Kejayaan Ke Separuh Akhir Uniten Cup 2010

Pada 11/01/2010, bertempat di Stadium Mini,Uniten. Perlawanan di antara Zenith dan Getafe telah berlangsung. Kedua-dua pasukan ingin menang agar pasukan mereka dapat menempah tiket ke separuh akhir Uniten Cup 2010. Getafe,pasukan baru yang berbakat dan berpotensi tinggi manakala Zenith,pasukan yang semakin menyerlah di arena bola sepak Uniten.

Pada separuh masa pertama, pasukan Zenith telah berjaya mendahului pasukan Getafe menerusi 2 gol menarik Aiman,penyerang pasukan Zenith.

Pada separuh masa kedua, Rafi telah melengkapkan kemenangan Zenith dengan rembatan kaki kirinya dan membantu Zenith untuk mengatasi Getafi dengan jaringan 3 berbalas kosong. Zenith telah berjaya menempah tiket untuk ke separuh akhir dan akan bertemu pasukan senior,Barcelona.

Perlawanan separuh akhir akan berlangsung di Mini Stadium pada Rabu,13/01/2010 pada jam 5.15 ptg. Semua penyokong Zenith dijemput untuk menghadiri perlawanan tersebut untuk memberi sokongan kepada pasukan ini.

Thursday, January 7, 2010

Melangkah Ke Peringkat Suku Akhir

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya pasukan Zenith berjaya melangkah ke peringkat seterusnya Uniten Cup 2010 selepas mengalahkan Panthers FC dengan jaringan Zenith (3) Panthers(1). Tahniah diucapkan kepada pasukan Zenith.

Gol-gol perlawanan dijaringkan oleh Aiman(2 gol) dan Ije(1 gol).

Diharapkan para pemain tidak hilang fokus dan terus berusaha untuk meningkatkan mutu permainan masing-masing.

Terima kasih diucapkan kepada semua penyokong pasukan Zenith pada perlawanan sebentar tadi.

Tuesday, January 5, 2010

Majlis Jamuan BBQ Zenith FC

Untuk makluman sahabat semua,anda dijemput untuk menghadiri majlis jamuan BBQ anjuran Zenith FC bersama sokongan kelab penyokong Zenith. Butir-butir majlis adalah seperti berikut:

Tempat : Seksyen 8,Bandar Baru Bangi.
Tarikh : 08/01/2010 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Bayaran: RM5

Jamuan ini diadakan bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara semua. Selain itu,jamuan ini juga merupakan sambutan ulang tahun penubuhan Zenith FC.

Segala bayaran boleh disalurkan kepada Apit dan Koci.