Hari Sabtu yg lepas, pasukan Zenith telah mengadakan aktiviti luaran untuk para pemainnya. Rancangan yang dipelopori oleh Apit ini telah berjaya dilaksanakan walaupun terdapat perubahan lokasi. Rancangan yang pada mulanya untuk ke Sunway Lagoon dibatalkan dan digantikan dengan Taman Rekreasi Sungai Tekala. Sungai Tekala terkenal dengan kawasan air terjun kerana kawasan ini berdekatan dengan Empangan Semenyih.
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi peluang para pemain untuk berehat disamping meningkatkan semangat berpasukan. Selain itu aktiviti ini juga mengeratkan hubungan antara penyokong pasukan Zenith dan para pemainnya.
Pengurus pasukan tidak dapat menghadiri aktiviti ini kerana malas. Walaupun ramai pemain pulang ke kampung, aktiviti ini telah berjaya dilaksanakan.
Kami memulakan perjalanan dari Seksyen 8 pada jam 10.30 pagi ke Pekan Semenyih. 40 minit kemudian, kami tiba di lokasi. Terdapat banyak gerai-gerai yang dibuka di sana. Para pemain tidak melepaskan peluang untuk membeli makanan untuk mengisi perut. Bayaran masuk RM1 telah dikenakan untuk pengunjung.
Kami membuat keputusan untuk mandi di kawasan yang lebih tinggi kerana terdapat ramai pengunjung di bahagaian bawah. Pendakian agak mudah kerana jalan tangga disediakan untuk pengunjung. Tanpa disedari, kami telah tiba di penghujung jalan. Kami mengambil keputusan untuk mandi di situ.
Arul kemudiannya telah menjumpai satu kwasan air terjun yang menarik dan mengajak semua pemain untuk bertukar kawasan. Kawasan Air terjun tersebut sememangnya menarik kerana tingginya hampir 10 meter. Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan menikmati setiap saat di situ.
Pada jam 1 ptg,kami mengambil keputusan untuk pulang. Dalam perjalanan pulang,kami singgah ke sebuah restoran untuk makan tengahari. Restoran sebelah restoran yang kami makan terkenal dengan sajian istimewa seperti tauhu goreng,nasi ayam dan cucur udang. Walaubagaimanapun, kami tidak makan di situ kerana terlalu ramai pelanggan beratur di situ.
Aktiviti-aktiviti sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa dan diharapkan lebih ramai peserta untuk aktiviti akan menyertainya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment