Monday, January 25, 2010

Final

Pada 17 Januari 2010,telah berlangsungnya perlawanan akhir di antara Zenit FC dan AS Monaco. Pertemuan di antara pasukan junior dan senior ini mengambil tempat di Mini Stadium dan kedua-dua pasukan kelihatan begitu bersemangat untuk mengucup piala Uniten untuk pertama kalinya dalam sejarah penubuhan kelab masing-masing.

Pada separuh masa pertama,permainan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Tetapi banyak peluang telah disia-siakan pasukan Zenit dan gagal mengambil peluang untuk mendapatkan jaringan pertama perlawanan. Separuh masa pertama berkesudahan dengan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

Perlawanan yang disaksikan beratus-ratus penyokong ini menyebabkan kedua-dua pasukan semakin bersemangat. Malang bagi Zenit apabila gawang mereka dibolosi pada separuh masa kedua berpunca daripada kesilapan pertahanan semasa sepakan penjuru. Gol ini menyentap keyakinan pemain seterusnya menyebabkan permainan kucar kacir.

Kesilapan demi kesilapan menyebabkan Zenit dihukum lagi dengan 2 gol oleh saudara Sunil dan Hotefa.. Perlawanan berkesudahan dengan Zenit(0) AS Monaco(3)

Thursday, January 14, 2010

Semi Final

Syabas,syabas,syabas.. Untuk pertama kalinya dalam sejarah penubuhan Zenith FC,kita telah berjaya melangkah ke final Uniten Cup. Bertempat di Mini Stadium,sambil disaksikan para penyokong-penyokong yang setia, Zenith FC berjaya menumpaskan Barcelona FC dengan penuh bergaya dan klasik.



Butir-butir perlawanan:

Aiman(1 gol)

Rafi(2 gol)

Din(1 gol)

Nanthar(1/2 gol)



Tahniah diucapkan kepada Din kerana telah berjaya menjaringkan gol pertamanya setelah cubaan demi cubaan dan ketandusan gol pada perlawanan sebelum ini. Kepada para pemain,mari kita buktikan kepada Uniten bahawa kita bukanlah calang-calang pasukan dan kita akan mencipta sejarah tersendiri.

Kepada para penyokong,kehadiran anda pada perlawanan semi-final adalah amat-amat dihargai dan kami dari pasukan Zenith mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para penyokong kerana sudi meluangkan masa untuk menyaksikan perlawanan kami.

Tuesday, January 12, 2010

Kejayaan Ke Separuh Akhir Uniten Cup 2010

Pada 11/01/2010, bertempat di Stadium Mini,Uniten. Perlawanan di antara Zenith dan Getafe telah berlangsung. Kedua-dua pasukan ingin menang agar pasukan mereka dapat menempah tiket ke separuh akhir Uniten Cup 2010. Getafe,pasukan baru yang berbakat dan berpotensi tinggi manakala Zenith,pasukan yang semakin menyerlah di arena bola sepak Uniten.

Pada separuh masa pertama, pasukan Zenith telah berjaya mendahului pasukan Getafe menerusi 2 gol menarik Aiman,penyerang pasukan Zenith.

Pada separuh masa kedua, Rafi telah melengkapkan kemenangan Zenith dengan rembatan kaki kirinya dan membantu Zenith untuk mengatasi Getafi dengan jaringan 3 berbalas kosong. Zenith telah berjaya menempah tiket untuk ke separuh akhir dan akan bertemu pasukan senior,Barcelona.

Perlawanan separuh akhir akan berlangsung di Mini Stadium pada Rabu,13/01/2010 pada jam 5.15 ptg. Semua penyokong Zenith dijemput untuk menghadiri perlawanan tersebut untuk memberi sokongan kepada pasukan ini.

Thursday, January 7, 2010

Melangkah Ke Peringkat Suku Akhir

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya pasukan Zenith berjaya melangkah ke peringkat seterusnya Uniten Cup 2010 selepas mengalahkan Panthers FC dengan jaringan Zenith (3) Panthers(1). Tahniah diucapkan kepada pasukan Zenith.

Gol-gol perlawanan dijaringkan oleh Aiman(2 gol) dan Ije(1 gol).

Diharapkan para pemain tidak hilang fokus dan terus berusaha untuk meningkatkan mutu permainan masing-masing.

Terima kasih diucapkan kepada semua penyokong pasukan Zenith pada perlawanan sebentar tadi.

Tuesday, January 5, 2010

Majlis Jamuan BBQ Zenith FC

Untuk makluman sahabat semua,anda dijemput untuk menghadiri majlis jamuan BBQ anjuran Zenith FC bersama sokongan kelab penyokong Zenith. Butir-butir majlis adalah seperti berikut:

Tempat : Seksyen 8,Bandar Baru Bangi.
Tarikh : 08/01/2010 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Bayaran: RM5

Jamuan ini diadakan bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara semua. Selain itu,jamuan ini juga merupakan sambutan ulang tahun penubuhan Zenith FC.

Segala bayaran boleh disalurkan kepada Apit dan Koci.

Sunday, December 27, 2009

Trip to Sungai Tekala

Hari Sabtu yg lepas, pasukan Zenith telah mengadakan aktiviti luaran untuk para pemainnya. Rancangan yang dipelopori oleh Apit ini telah berjaya dilaksanakan walaupun terdapat perubahan lokasi. Rancangan yang pada mulanya untuk ke Sunway Lagoon dibatalkan dan digantikan dengan Taman Rekreasi Sungai Tekala. Sungai Tekala terkenal dengan kawasan air terjun kerana kawasan ini berdekatan dengan Empangan Semenyih.

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi peluang para pemain untuk berehat disamping meningkatkan semangat berpasukan. Selain itu aktiviti ini juga mengeratkan hubungan antara penyokong pasukan Zenith dan para pemainnya.

Pengurus pasukan tidak dapat menghadiri aktiviti ini kerana malas. Walaupun ramai pemain pulang ke kampung, aktiviti ini telah berjaya dilaksanakan.

Kami memulakan perjalanan dari Seksyen 8 pada jam 10.30 pagi ke Pekan Semenyih. 40 minit kemudian, kami tiba di lokasi. Terdapat banyak gerai-gerai yang dibuka di sana. Para pemain tidak melepaskan peluang untuk membeli makanan untuk mengisi perut. Bayaran masuk RM1 telah dikenakan untuk pengunjung.

Kami membuat keputusan untuk mandi di kawasan yang lebih tinggi kerana terdapat ramai pengunjung di bahagaian bawah. Pendakian agak mudah kerana jalan tangga disediakan untuk pengunjung. Tanpa disedari, kami telah tiba di penghujung jalan. Kami mengambil keputusan untuk mandi di situ.

Arul kemudiannya telah menjumpai satu kwasan air terjun yang menarik dan mengajak semua pemain untuk bertukar kawasan. Kawasan Air terjun tersebut sememangnya menarik kerana tingginya hampir 10 meter. Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan menikmati setiap saat di situ.

Pada jam 1 ptg,kami mengambil keputusan untuk pulang. Dalam perjalanan pulang,kami singgah ke sebuah restoran untuk makan tengahari. Restoran sebelah restoran yang kami makan terkenal dengan sajian istimewa seperti tauhu goreng,nasi ayam dan cucur udang. Walaubagaimanapun, kami tidak makan di situ kerana terlalu ramai pelanggan beratur di situ.

Aktiviti-aktiviti sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa dan diharapkan lebih ramai peserta untuk aktiviti akan menyertainya.

Wednesday, December 23, 2009

Keputusan Zenith VS Liverpool

Alhamdulillah perlawanan pada petang ini telah berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain Zenith di atas kemenangan ketiga sekaligus menobatkan anda sebagai juara kumpulan G. Terima kasih juga kepada para penyokong yang telah datang menonton perlawanan kami pada ptg tadi walaupun dalam cuaca hujan. Keputusan akhir perlawanan :

Zenith 4-1 Liverpool

Gol-gol bagi pasukan Zenith dijaringkan oleh Aizat dan Rafi manakala 2 gol lagi adalah gol sendiri pasukan Liverpool.

Diharapkan para pemain tidak meninggi diri dan terlalu yakin kerana banyak lagi perlawanan yang perlu ditempuh. Para pemain juga diingatkan supaya menghadiri latihan agar mutu permainan masing-masing dapat ditingkatkan.

Tuesday, December 22, 2009

Zenith VS Liverpool

Butir-butir perlawanan terakhir untuk peringkat kumpulan adalah seperti berikut:

5:30PM Wednesday, December 23rd
Location:Mini Stadium, Uniten

Diharapkan semua pemain dapat hadir lebih awal agar segala persiapan dapat dilakukan dan mengelakkan daripada didenda.

Kepada penyokong-penyokong Zenith, anda semua dijemput hadir ke Mini Stadium untuk menyaksikan perlawanan ini.



Sunday, December 20, 2009

Meeting Tergempar (bak kate Panjang)

Satu perjumpaan telah diadakan pada hari Rabu yang lepas bertempat di Amanah. Terima kasih diucapkan kepada para pemain Zenith di atas kerjasama dan semangat yang ditunjukkan. Tahniah juga diucapkan kerana rekod kedatangan yang semakin baik walaupun terdapat beberapa pemain yang tidak dapat hadir disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan.

Di dalam perjumpaan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan, antaranya:

1. Disiplin para pemain
- Kelewatan semasa perlawanan pada hari Selasa.
- Ketidakhadiran pada sesi latihan.
- Kekurangan peralatan (Shin guard)

2.Review perlawanan pada hari Selasa
- Cara permainan (Tempo permainan)
- Posisi para pemain.
- Komunikasi para pemain.

Diharapkan pada perjumpaan yang akan datang, semua pemain dapat hadir dan memberi kerjasama agar pasukan ini dapat meneruskan kejayaan demi kejayaan.

~Players Win Match, Team Wins Cup~

Zenith VS Cruizero

Pada hari Selasa yang lepas, telah berlangsungnya perlawanan kedua di dalam kumpulan G di antara Zenith dan Cruizero. Perlawanan berlangsung dalam keadaan hujan lebat dan ini serba sedikit telah mengganggu strategi permainan kami. Pasukan Cruizero pula telah bermain secara bertahan untuk memperoleh mata pertama untuk pasukan mereka. Keadaan di padang COIT tidak ubah seperti lautan kerana hujan lebat telah menyebabkan padang digenangi air.

Pada separuh masa yang pertama, serangan demi serangan yang dilancarkan oleh pasukan Zenith tidak mendatangkan hasil. Cubaan oleh Aiman gagal membolosi gawang gol Cruizero hasil kecekapan penjaga gol mereka dan diburukkan lagi dengan keadaan hujan. Cruizero juga tidak kurang hebatnye apabila melancarkan counter attack apabila akibat daripada kesilapan pertahanan Zenith.Separuh masa pertama berkesudahan dengan seri tanpa jaringan.

Semasa masa rehat, kata-kata semangat daripada manager Zenith,Panjang telah menaikkan moral pemain-pemain Zenith agar terus menyerang dan mencari gol pendahuluan. Pada separuh masa kedua, beberapa pertukaran pemain telah dilakukan untuk memantapkan lagi barisan pertahanan dan serangan. Cruizero yang bertekad untuk mengikat kedudukan sedia ada sehingga tamat perlawanan telah menunjukkan kesungguhan mereka apabila mereka menambah pemain di posisi pertahanan.

Serangan yg bertali arus dari pasukan Zenith akhirnya membuahkan hasil apabila rembatan Ede,Kapten pasukan menerjah gawang gol hasil kekalutan di hadapan pintu gol Cruizero. Gol tersebut serba sedikit menjatuhkan semangat pemain-pemain Cruizero dan menyebabkan kesilapan demi kesilapan telah dilakukan oleh pemain mereka. Apabila masa perlawanan sudah menghampiri penamatnya, pasukan Zenith sekali lagi mencipta kejutan dengan jaringan kedua Ede hasil rembatan dari luar kotak penalti dan menerjah masuk ke penjuru kiri gawang Cruizero. Perlawanan tamat dengan keputusan Zenith 2-0 Cruizero.

Monday, December 14, 2009

Second Match

To all Zenit players..

Berikut merupakan butir-butir mengenai 2nd match Zenit untuk Uniten Cup 2009 :

ZENITH ST PETERSBURG vs CRUZEIRO


Pukul : 5.00 ptg


Tempat : COIT


Jersey : Green (2nd jersey)







So, to all players korang hendaklah datang tepat pada masenye..kepada penyokong semua, anda dialu-alukan hadir..gudluck ^_^

Sunday, December 13, 2009

Zenit st Petersburg vs Fc Tokyo


Pada hari Jumaat yang lalu telah berlangsung perlawanan antara pasukan Zenit dan Fc tokyo bertempat di Padang Ilsas..

Zenit dan Fc Tokyo masing-masing menurunkan barisan terbaik mereka dengan Zenit yang diketuai oleh Ide kapten pasukan dibantu oleh Rafi dan Munzir dibahagian tengah.. Barisan serangan diketuai oleh Aiman sambil dibantu oleh Nantha dan Arul..Sementara itu jentera pertahanan pula diketuai oleh Nas dan Azim di bahagian pertahanan tengah dan dikiri dan kanan pertahanan pula dibarisi olah Ryzal dan apit.


Sebaik sahaja wisel dibunyikan, kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan dan mencari rentak untuk memperoleh gol pendahuluan..Namun pasukan Zenith lebih banyak menguasai bola tetapi pada 10 minit yang pertama pertahanan Fc Tokyo mudah mengekang asakan bertenaga pasukan Zenit dan banyak cubaan daripada Arul tersasar daripada pintu gol pasukan Fc tokyo..

Pada minit ke 17 serangan pantas yang diketuai Rafi membuahkan hasil apabila Aiman mudah menewaskan penjaga gol Fc Tokyo dengan sepakan mengelirukan daripada luar kotak penalti..
Gol Aiman nyata menyemarakkan semangat pasukan Zenit yang terus melancarkan asakan bertubi-tubi ke gawang pasukan Zenit..Namun disebalik keghairahan pasukan Zenit mengasak lawan serangan counter attack pasukan Fc Tokyo membuahkan hasil dimana pemain sayap Fc Tokyo mudah menolak masuk bagi mengikat kedudukan 1-1..

Kata-kata semangat oleh Mr Panjang iaitu manager pasukan Zenit ketika separuh masa, nyata memberi impak yang besar kepada pasukan kerana seawal minit ke-32 Rafi melakukan rembatan deras juga dari luar kotak bagi menjadikan kedudukan 2-1..Selang 2 minit kemudian Aiman sekali lagi meletakkan namanya sebagai penjaring apabila Aiman menanduk masuk bola hasil umpanan Nantha dari sebelah kanan..

Minit ke-35, Sashi masuk menggantikan apit dan perubahan posisi berlaku di barisan pertahanan..
Passing yang kemas ditunjukkan pasukan Zenit menenggelamkan jentera tengah dan serangan pasukan Fc Tokyo dan barisan pertahanan Fc Tokyo sekali lagi dihukum oleh ketajaman Aiman dengan rembatan dalam kotak penalti dan itu merupakan hatrick buat Aiman..Pada minit ke-40 larian solo dan skill menarik daripada Nantha dari sebelah kanan berjaya disudahkannya dengan rembatan cantik sekali lagi menewaskan penjaga gol Fc Tokyo bagi menjadikan kedudukan 5-1..

Pada minit ke-45, Zenit dihadiahkan sepakan percuma apabila Ide dijatuhkan..Rafi mudah menewaskan penjaga gol Fc Tokyo dengan rembatan kencang dicelah-celah benteng pasukan Fc Tokyo..Bagi mempelbagaikan jentera serangan pasukan Zenit, Munzir keluar digantikan oleh Apis dan Aiman direhatkan bagi memberi peluang kepada Aizat untuk menggantikannya.. Semangat juang pasukan Fc Tokyo harus dipuji apabila sepakan percuma pada minit ke-47 dari sebelah kiri pasukan mudah ditolak masuk Fahmie apabila keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol Zenit..

Nantha kemudiannya direhatkan dan digantikan oleh penyerang berbisa Zenit Din..
Gol pihak lawan tidak mematahkan semangat pasukan Zenit mengekalkan aksi menyerang dan hasilnya pemain gantian Aizat menyumbat masuk gol ke 7 Zenit hasil gerakan disebelah kanan pasukan..Pujian harus diberikan kepada pasukan Zenit dengan aksi kemas pasukan..














Tuesday, December 8, 2009

First match


To all zenith players..

berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan first game zenith untuk uniten cup 2009 :


ZENITH ST PETERSBOURGH vs FC TOKYO

pukul : 5.00 ptg

tempat : Ilsas B

Jersey : Gold Juventus



So, to all players korang hendaklah datang tepat pada masenye..kepada penyokong semua, anda dialu-alukan hadir..gudluck ^_^

Undian

To all zenith players..undian untuk uniten cup dah dibuat malam semalam..so pade mereke yang tak taw zenith ade kat group mane, kat bawah ade list group tuk semua team yang masuk uniten cup 2009...



Sunday, December 6, 2009

Friendly

To all Zenith players, hari nie ade friendly dengan Barcelona..So players hendaklah turun untuk game nie pada pukul 5.15 ptg bertempat di mini stadium Uniten..

Kerjasama anda amat diharapkan..
sekian